PROSIDING KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN INGATAN MURID TERHADAP ADAB SEBELUM MAKAN DAN MINUM MENGGUNAKAN TEKNIK ‘MY FINGER MAP’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1 Oleh: ZUBAIDAH BINTI AWANG MUSTAFA zubaidahzam@gmail.com USTAZ MOHD FAHMIDIN BIN YAZAN ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah berfokuskan kepada penggunaan teknik ‘My Finger Map’ dalam bidang Adab dan Akhlak Islamiah bagi mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah untuk mengingat adab-adab sebelum makan dan minum. Kajian ini telah melibatkan tiga instrumen iaitu lembaran kerja, pemerhatian dan soal selidik untuk menganalisis masalah yang dihadapi. Seramai sepuluh orang murid yang dikenalpasti menghadapi masalah tersebut. Mereka yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada lapan orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Dapatan daripada kajian telah menunjukkan responden tidak dapat mengingati adab tersebut walaupun telah didedahkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebelumnya. Bagi menjalankan kajian ini, peng...

Comments
Post a Comment