Posts

Showing posts from 2013

Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Huruf dalam Pelajaran Jawi

Kekuatan  Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja. Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan asas yang kukuh kepada murid untuk membaca. Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalama...

Ampunkanku..

Jika kita merenung semua yang terjadi pada kita.. itu semua telah direncanakan dengan sesempurnanya kepada kita hambaNya,  Namun, kadang- kadang kita tersasar jua oleh godaan duniawi, Tanpa kita sedar, kita merintih , merungut dan memcerca apa yang berlaku kepada kita, Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku mudah terleka, ampunkanlah aku di atas kekhilafanku,  Sesungguhnya aku tidak sedar akan madu yang Engkau berikan, Yang aku rasa hanyalah kepahitan semata, Tidakku jangka kepahitan itu adalah penawar sebenar, Ampunkanku Ya Allah..