Posts
Showing posts from December, 2012
- Get link
- X
- Other Apps
Petua Imam Syafie Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakkan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama
Persoalan Ajal Maut, Rezeki dan Jodoh
- Get link
- X
- Other Apps
Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa. Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan ya...